Thursday 18 April 2013

Berjalan2 di Pangkor with Yolo Team~

Assalamualaikum smu,



6 April 2013- OK entry kali nie nak berceritakan tentang perjalanan Yolo aku bersama ahli2 Yolo Team UTP dan kawan2 kami ke Pangkor Island. Perjalanan bermula dari Universiti Teknologi PETRONAS(UTP) pada jam 9 pagi, kami ke SHELL Tronoh isi minyak then singgah sebentar ke Nasi Lemak Perak. Tibanya di Nasi Lemak Perak yang terletak di Tronoh berhadapan dgn SHELL, korang kena buat U-turn baru boleh ke Nasi Lemak Perak nie. ermmm makanan dan minuman dia sedap, but pricy sikitlah... OKlah perjalan diteruskan daripada Nasi Lemak Perak ke Marina Island,Lumut. Perjalanan kami mengambil masa selama 45 Minit. Tibanya jam 10:30 Pagi kami terus ke Kaunter tiket Jetty dan beli tiket dengan berharga RM10 pergi balik, but dkt Marina Island Jetty korang kena subsribe member RM10 baru leh beli tiket dkt situe,katanya special. Then tiket ferry kami pada pukul 11 pagi, erm seronok dapat naik ferry ke Pangkor sebab first time kowt beb!!! Then perjalanan ke Pangkor amik masa dlm 15-20 Minit jerk naik ferry.

      Setibanya di Pangkor, terus kitaorg sewa kete dengan harga RM140 dpt 2 biji kete Iswara Auto & Manual.Then, first kitaorg ke Dutch Fort bayaran masuk percuma dan dkt sana kitaorg tangkap gambar
semualah.
Dutch Fort

Then perjalanan diteruskan ke Resort kami yang terletak di  Teluk Nipah. erm Jalan sangat smepit ya kesana. Then Resort yang aku duduk ialah Budget Beach Resort, harga agak berpatutan dan dalam bilik ada toilet,TV,selimut, air cond, katil queen size dan towel skali. Oklah so far harga pon x kurang RM100 semalaman. Then lps check-in kat hotel, kami ke pantai Teluk Nipah tok makan2,beli souvenir. Harga makanan kat sana pricey gila, tapi yang special dkt sni Char Keuh Teow & Lempeng Pisang dia superb!!!.Then kami ke Pantai Pasir Bogak tok mandi-manda. air dan ombak dia sangat dalam.. ermm agak hitam aku disitue even dh pakai sunblock.
Double layer Sand.@ Pasir Bogak

Then lps mandi manda kami balik hotel dan siap2 tok makan malam kat Pasir Bogak. OK makan malam ala2 seafood dibelanja oleh Harboque , tapi sotong goreng tepung dia x sedap sgtlah. Tunggu makanan berjam2 gila.. Haish...

Then after dinner lepak2 kat bilih sebab kepenatan bermandi-manda. haha

7 April 2013- Breakfast kat dalam resort dan siap2 tok balik ke Lumut, but before balik kami singgah ke area pantai tok tangkap gambar. Hasilnya mcm nie:


Then, lps tangkap pixure terus balik ke Lumut. Then terus ke Pengkalan TLDM jumpa abg :P dan jalan2 dkt dalam Pengkalan TLDM dan pi tgk Kawad Senyap & Navy Marching band. style gaklah! anyway seronok gila percutian kami. OKlah tue shaja yang nak disharekan pada kali ini. OK kita jumpa di entry yang akan datang. Salam




Cost perjalanan:
RM30- Minyak pergi balik.
RM50-Makan tok 2 hari
RM100- Hotel 2 Hari 1 Malam






No comments:

Post a Comment